Friday 3 January 2014

AK 47 rifel terhebat sepanjang abad 20?


Mikhail Timofeyevich Kalashnikov ( sumber : www.kremlin.ru)



 
Rifel AK 47 - Pelindung, pendamai atau pemusnah?



Mikhail Timofeyevich  Kalashnikov, pencipta rifel AK 47, meninggal dunia pada tanggal 23 Disember 2013. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sesiapa sahaja yang meminati senjata berbentuk rifel serangan ( assault rifle ) atau menonton filem-filem aksi/peperangan akan mengenali rifel ciptaannya,  AK 47. Rifel ini adalah antara rifel yang paling meluas penggunaannya di dunia. Guiness World Record menganggarkan  bahawa kira-kira  100 juta rifel ini telah dihasilkan di serata dunia, sekaligus membuktikan  betapa popular dan terkenalnya rifel ini. Rifel ini  adalah antara rifel yang paling banyak dihasilkan dan ditiru oleh pembuat-pembuat senjata di dunia. 



Sehingga kini, rifel ini juga sentiasa mendapat undian tertinggi atau teratas jika dibandingkan dengan rifel-rifel lain. Hal ini disebabkan  oleh hakikat bahawa hakikat ini boleh diharapkan untuk berfungsi dengan baik di mana-mana sahaja, termasuklah di darat, di dalam suasana berlumpur, dalam keadaan basah, di dalam hutan mahupun di padang pasir. Fungsi dan penggunaannya yang mudah dan tidak rumit menjadikan senjata ini mampu digunakan oleh sesiapa sahaja daripada seorang anak kecil, wanita, tentera dan orang tua menjadikannya senjata paling digemari di serata dunia.
Namun begitu, AK 47 tetap menerima tempias akibat daripada perang propaganda yang berlaku antara Blok Barat dan Blok Komunis sepanjang Perang Dingin yang berlaku. Sekiranya di layar Hollywood, hanya tentera musuh, pengganas, militia dan gerilla sahaja yang dipaparkan menggunakan AK 47, sedangkan watak-watak hero dan tentera baik semuanya menggunakan senjata lain seperti M16, M4, SCAR, G36 dan sebagainya.
Di benua Afrika, AK 47 mendapat jolokan sebagai the African credit card; disebabkan meluasnya penggunaan senjata ini untuk pelbagai tujuan, termasuklah untuk rundingan, berperang dan mendapat apa yang dihajati.
Sungguh pun terdapat persepsi negatif terhadap AK 47, sejarah penciptaannya  bermula dengan hasrat seorang anak watan Rusia yang ingin menghasilkan senjata yang baik dan mampu digunakan untuk mempertahankan Rusia daripada serangan musuh. Setelah terselamat daripada serangan tentera-tentera German yang membunuh ramai rakan-rakan seperjuangannya, Kalashnikov berhasrat untuk menghasilkan senjata untuk anak-anak Rusia mempertahankan kedaulatan negara mereka. Ketika terlantar di hospital, beliau mendengar rintihan dan keluhan tentera-tentera Rusia tentang senjata-senjata yang tidak boleh diharapkan semasa mereka ke medan perang. Dengan keazaman, niat murni mempertahankan watan, kreativiti, inovasi dan simplicity, maka lahirlah AK 47.
 Kalashnikov tidak pernah apologetik dan rasa bersalah terhadap penciptaan AK 47 yang begitu banyak digunakan di serata konflik di seluruh dunia. Menurut beliau, AK 47 adalah senjata yang dicipta untuk mempertahankan negara, bukan untuk menyerang. Sebaliknya, beliau menempelak golongan ahli politik  yang menurut beliau merupakan punca sebenar mengapa peperangan berlaku.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...